Wednesday, July 16, 2008

Kalamku Berbicara Ketika Hujan Lebat


Petang ini aku tidak dapat pergi ke mana-mana. Hanya melepak kat umah ajer. Nak keluar main bola pun tak boleh sebab sekarang ni hujan lebat. Memang lebah sangat di luar sana tu…

So daripada duduk saje-saje, aku taiplah entri ni tuk korang baca kisah tentang aku. He…He… Aku harap korang sukala melepak kat blog aku ni…Ada artikel-artikel yang bermanfaat tu korang ambilla sebagai perkongsian ilmu dari aku.
Kalaulah hujan dipagi hari best jugak hari-hari minggu begini, maklumlah hari cuti boleh tarik selimut panjang-panjang…he he he…Tapi kalau petang-petang begini orang tua kata tak elok tidur waktu selepas asar. Kalau kita tidur waktu selepas asar berturut-turut sampai 40 kali, kita akan mewarisi sifat gila atau dungun. Betul ke begitu ?? Mak aku juga selalu pesan macam tu.. Daripada tidur petang-petang ni, lebih baik aku menulis entri ni, kata si ustazah masa aku belajar dulu, menulis boleh menajamkan minda kita. Tulislah apa-apa pun yang mudah bagi kita kerana secara tidak langsung ia boleh mengerakkan otak kita yang beku berkulat ni untuk berfikir. Apabila otak kita selalu berfikir, minda dan hati kita pun sentiasa hidup dan segar. Begitulah ceritanya. Kalau ustazah aku baca apa yang aku tulis ni, pasti dia tersenyum kot..he he…

Kelebihan Ayat Seribu Dinar


Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt kepada semua pelawat blog ini semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Hari ini Kalam ini ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :

Muamalat Islam


muamalat islam bermaksud jual beli antara pembeli dan penjual.boleh juga dikatakan petukaran barang dengan adenye ijab dan kalbu..........